Pandangan umum Pengiktirafan kesatuan sama jantina di Estonia

Satu tinjauan umum telah dijalankan pada bulan Jun 2009 menunjukkan bahawa 32% daripada rakyat Estonia percaya bahawa pasangan sama jantina harus mempunyai hak undang-undang sama seperti pasangan yang bertentangan jantina. Sokongan adalah 40% dari golongan muda dan hanya 6% dari golongan tua.[24]

Pada September 2012, sebuah lagi tinjauan umum dilakukan dan mendapati 34% rakyat Estonia menyokong perkahwinan sama jantina dan 46% menyokong pendaftaran perkongsian hidup. Kajian tersebut mendapati 51% etnik Estonia menyokong dan hanya 35% etnik Rusia yang menyokong.[25]

2015 Eurobarometer pula mendapati 31% rakyat Estonia berpendapat perkahwinan sama jantina perlu dibenarkankan di Eropah, berbanding 58% menentang.[26]

Sebuah tinjuan yang bermula dari 28 Mac sehingga 10 April 2017 mendapati sokongan terhadap pendaftaran perkongsian hidup sama jenis tidak berubah dalam amsa tiga tahun (45% vs 46%), manakala menyokong perkahwinan sama jantina meningkat sehingga 39% berbanding 52% menentang (berbanding 60% menentang pada tahun 2012 dan 64% pada tahun 2014).[27][28][29] Ia juga mendapati penerimaan homoseksualiti meningkat dari 34% pada tahun 2012 kepada 41% pada tahun 2017, dengan 52% menentang.[30]

Rujukan

WikiPedia: Pengiktirafan kesatuan sama jantina di Estonia http://www.baltic-course.com/eng/legislation/?doc=... http://www.baltictimes.com/estonia__parliament_spe... http://www.gaylesbiantimes.com/?id=12778 http://www.gaystarnews.com/article/estonia-taken-b... http://www.globalgayz.com/gay-life-in-estonia/ http://www.delfi.ee/news/paevauudised/eesti/samaso... http://news.err.ee/Politics/58735eb6-b36d-4190-b36... http://news.err.ee/society/6b9e39f6-8292-43dd-8170... http://news.err.ee/v/e95ce00a-5d87-4f41-830d-fe4bd... http://news.err.ee/v/main_news/949a4382-f5da-4c9b-...